10 Tips Berjumpa Bakal Mertua
Semua orang tahu bahawa perkahwinan yang bahagia adalah satu anugerah. Tetapi sebelum membina masjid, perlu ada cara dan langkah yang teratur untuk memastikan kebahagiaan yang berpanjangan disamping memohon restu daripada keluarga mentua agar mendapat keizinan dalam menjalin kemesraan antara dua pihak. Tips sebelum Berjumpa Bakal Mertua
Di sini tips-tips yang paling kerap dilakukan diterangkan secara terperinci, berdasarkan di atas pengalaman-pengalaman yang di alami oleh semua bakal pengantin yang akan mendirikan singgahsana bersama yang tercinta.
Walaupun baru sekadar calon, belajarlah menjaga mertua agar sentiasa disayangi. Tips sebelum Berjumpa Bakal Mertua
Persediaan Sebelum Bertemu Bakal Mertua
Jangan tunggu sudah kahwin baru ikut, praktikkan petua ini untuk bertemu bakal mertua anda. Sesudah berkahwin pun jangan pula tinggal petua ini, amalkan sentiasa demi menjaga hubungan sesama keluarga baharu.
1. Rancang Pertemuan
Faktor masa adalah penting semasa membuat temu janji atau mengatur pertemuan dengan keluarga mertua. Kerana pilihan masa akan menentukan situasi dan suasana pertemuan.
Elakkan berjumpa secara mengejut tanpa beritahu, atau datang pada masa selain daripada cuti. Pilih tarikh yang lapang, seperti hari cuti, perkahwinan saudara mara atau majlis kenduri.
Untuk menunjukkan adab dan lebih sopan, biar pasangan kita yang aturkan pertemuan itu. Kita ikut sahaja aturan dia.
2. Jaga penampilan diri
Tanggapan pertama keluarga ibu bapa mertua terhadap anda adalah sangat penting. Maklumlah untuk mempercayakan nyawa dan hidup anak mereka kepada anda, mereka pasti akan menilai akhlak dan peribadi tentang bakal menantu mereka.
Jadi berpakaian yang sesuai ketika bertemu mentua adalah perkara yang paling penting. Contoh pakaian sopan yang sempurna ialah baju kurung atau blouse beserta skirt labuh.
Jangan memakai pakaian yang terlalu menjolok mata. Ini bukan pertunjukan fesyen. Ataupun tidak perlulah memakai tali leher seperti di pejabat. Jadikan ia santai tetapi kemas.
3. Tunjukkan budi bahasa dan kemahiran
Tunjukkan akhlak yang baik. Pertuturan yang baik dan sifat yang terpuji menggambarkan keperibadian seseorang. Untuk perempuan, ringankan tulang untuk membantu bakal mentua seperti mengemas meja makan, membasuh pinggan dan sebagainya.
Bakal mentua juga akan menganalisa anda berdasarkan cara anda berkomunikasi, memasak, skil sebagai suri rumah tangga yang akan menjaga anak mereka kelak. Tips sebelum Berjumpa Bakal Mertua
Bagi lelaki, jika ada kenduri, rajin-rajinkan diri bantu hidangkan makanan dan dulang dengan lembut kepada tetamu. Niat baik anda pasti akan dinilai baik oleh mentua anda.
4. Bersederhana Tips sebelum Berjumpa Mertua
Rahsia bertemu bakal mertua ialah sentiasa merendah diri dalam segala tingkah laku. Ini kerana sifat sederhana itulah yang dituntut oleh syarak dan juga menyejukkan mata yang memandang.
Jangan sombong atau berlebih-lebihan. Mentua anda semestinya suka dan gemar menantu yang tiada rasa bangga diri dan sentiasalah merendah diri. Ia juga akan mengeratkan hubungan antara kedua-dua pihak.
Bagi wanita, elakkan solekan yang terlalu tebal. Solek yang sekadarnya supaya nampak lebih sedap mata memandang.
5. Jadilah diri sendiri, jangan “berpura-pura”
Ini adalah tips yang sebaik-baiknya dan perlu dijadikan tabiat. Ianya akan menunjukkan keperibadian anda yang sebenar kepada mentua. Sepertimana anda terhadap pasangan anda, begitulah juga layanan anda kepada mentua, cuma perlu lebih bersopan dan mengetahui batas-batasnya.
Hipokrasi hanya akan mengundang syak wasangka dan memberikan tanggapan buruk dari pihak mentua.
6. Ilmu agama yang kukuh Tips sebelum Berjumpa Mertua
Pengetahuan tentang agama sangat penting kerana ia merupakan tonggak kebahagiaan dan kewajipan keluarga.
Agama membimbing keluarga dan pasangan untuk menjalani kehidupan yang lebih bahagia di dunia dan akhirat. Selain itu, ilmu ini juga akan menjadi panduan kepada anak-anak yang dilahirkan nanti.
Kalau lelaki, jangan sampai bakal mertua suruh baca doa makan, tak tahu pula. Lebih-lebih lagi menggelengkan kepalanya apabila dia didorong ke hadapan untuk menjadi imam solat. Tips sebelum Berjumpa Bakal Mertua
Lebih bagus jika anda yang menawarkan diri untuk mengimamkan keluarga pasangan. Kan lebih lembut hati dan sejuk mata memandang. Bukan mentua sahaja, ahli keluarganya juga lebih yakin kepada anda.
Jika berniat kahwini anak orang, harusnya bersedia jasmani dan rohani untuk memimpin keluarga.
7. Kenal Mentua melalui pasangan
Sebelum berjumpa pihak mentua, eloklah membuat soal-selidik dahulu melalui pasangan anda. Ini kerana ianya dapat mengelakkan salah faham dan juga mengetahui cara yang betul untuk menambat hati pihak mentua.
Ibu mentua suka makan apa, ayah mentua hobi apa. Soalan ini tidak lain tidak bukan untuk kita bersedia buah tangan atau topik perbualan. Tanya elok-elok cuma jangan sampai pasangan rasa pissed-off.
8. Pandai membuka/memulakan topik bualan
Dari mana-mana kemahiran komunikasi, memulakan perbualan adalah yang paling sukar dilakukan, terutamanya dalam situasi yang janggal. Lagi-lagi anda seorang yang pemalu/introvert.
Selepas anda meneliti mertua anda daripada pasangan anda, anda akan tahu topik yang hendak dibincangkan dengan mertua anda. Cuba bercakap secara spontan dan natural supaya tidak terdengar seperti kekok dan terlalu formal seperti dalam interview.
Jika anda tidak tahu apa yang hendak dibincangkan, cuba berbasa-basi tentang cuaca, “Minggu ni kebelakangan hujan saja kan? Baju pun tak kering-kering”. Ataupun, “Rasanya dah lama tak hujan kat sini. Kat sini hujan ke?”. Tidak dinafikan perbualan ini pasti akan menjadi panjang.
9. Bawa buah tangan Tips sebelum Berjumpa Mertua
Buah tangan merupakan simbol penghargaan kepada pertemuan anda dan pihak mentua. Ia juga merupakan salah satu adab dalam menziarahi orang lain.
Secara tidak langsung, anda dapat menambat hati mentua dan mereka pasti akan rasa dihargai dengan usaha kecil daripada anda. Tips sebelum Berjumpa Bakal Mertua
Tidak dinafikan ia juga boleh dijadikan sebagai topik. Contohnya, jika anda membawa kek lapis, mertua anda mungkin bertanya di mana anda membelinya. Jika anda buat sendiri, mungkin anda dan mertua boleh berkongsi resepi atau tips memasak.
Tapi jangan terlalu risau nak pilih kek apa, buah-buahan sahaja pun sudah memadai. Sebelum beli, tanya dahulu pasangan anda buah apa yang mentua suka makan.
10. Berkenalan dengan bakal ipar
Ini adalah salah satu tips yang paling penting. Jangan buat muka sombong di hadapan keluarga mentua. Cuba beramah mesra dan bergaul dengan bakal abang atau kakak atau adik ipar.
Pada mulanya, sesetengah orang mungkin kelihatan sombong. Yalah, baru pertama kali jumpa. Tapi apa kata kalau kita sendiri yang mulakan tunjuk muka manis kepada mereka. Pasti mereka akan lembut hati.
Bila bakal mak mertua kenalkan satu persatu, mungkin boleh lebih rapat. Borak santai dengan mereka. Ambil peluang untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat kerana apabila berkahwin, kita bukan hanya berkeluarga dengan pasangan sahaja, tetapi dengan seluruh ahli keluarga pasangan juga.
Apa yang penting adalah niat anda yang suci dan murni dalam menambat hati pihak mentua. Banyakkan berdoa sebelum pertemuan dan biarkan proses pertemuan berjalan secara semula jadi dan lancar.
Jikalau anda sentiasa tenang dan relaks dalam setiap situasi, pasti pihak mentua akan yakin dengan anda sebagai menantunya.